Thursday, August 12, 2010

Di Mana Akan Ku Cari.

Aku di lahirkan di Hospital Tapah, Perak, jam 9.30 pagi hari jumaat, pada 01 Ogos 1969 (tahun ayam). Terfikir gak camana agak nya ibu ku survive waktu nak melahirkan aku (zaman tragedi berdarah 13 Mei). Ibu ku bernama Zaida bt. Halim, berasal daripada Kg. Sahom, Perak (anak Tan Halim). Ayah ku pula bernama Jamhori b. Ujang Nordin PMP, AMN, AMP, PJK, JP. (pingat bersusun). Berasal dari Kg. Kinjang, Perak. Sejak aku dilahirkan kami mula berpindah ke Perumahan Awam Chenderiang, Perak dan dibesarkan disana.

Sejak aku pulang bercuti dari kampong tempohari, aku diberitahu oleh ayah ku bahawa arwah atok ku pernah berpesan supaya mencari semula keluarga yang telah sekian lama terputus hubungan. Keluarga yang berada di Indonesia. INDONESIA ??? kat mana nak cari? nak tanya siapa? di mana nak mula? aduyaiii...

Ini lah gambar atok dan opah ku. Atok ku bernama Ujang Nordin b. Zainal datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Keturunan orang Minang (orang awak) dan isterinya, opahku bernama Mariam bt. Fakeh Kahar (keturunan Fakeh, jual kapet daa...)

Aku cuma diberikan alamat ini untuk mencari :

Abdul Hamid b. Simat
p/a Madari b. Syamsah
Kota Medan, Kecamatan Pasir Penyu,
Air Molek, Indragiri Hulu,
Riau, Sumatera,
Indonesia

Abdul Hamid b. Simat
d/a Syaharudin Sy.
Gr. SMP Piliah Lirik,
di Lirik, Riau, Sumatera,
Indonesia.

dan beberapa keping gambar yang aku sendiri tak tahu nak story :


Gambar ini di belakangnya tertulis nama iaitu dari kiri Mohd Tohir b. Zainal (adik atok), Marjohan b. Maamis, Masnah (isteri Marjohan), Sasmawati (anak Marjohan) dan Choironianti (anak Marjohan).
Aku sendiri tak tahu siapa itu Marjohan tapi yang pasti Tohir itu adik pada atok ku.

Gambar ini adalah gambar keluarga Tohir bin Zainal (adik atok) yang di ambil pada 07.07.1977. Dari kiri Jasimah bt. Tohir, Tohir b. Zainal, Lamah (isteri Tohir) dan Ahisar bt. Tohir.

Ini pula gambar Sanimur Rashid, di katakan orang yang terakhir berhubung dengan keluarga disini. Tahun1993.

Gambar kenangan opah Mariam bt Fakeh Kahar pergi melawat keluarga di Indonesia di rakamkan pada 23.12.1973.

Aku sangat berharap ada insan yang boleh membantu untuk aku bertemu semula dengan keluarga aku di sana. Semoga Ramadhan tahun ini dapat dipertemukan keluarga yang telah lama dipisahkan oleh Selat Melaka, Amin.

No comments:

Post a Comment