Wednesday, September 8, 2010

Syawal Menjelma


Sedar tak sedar hari ni dah 29 Ramadhan 1431, kalo nampak anak bulan ...esok raya, tapi kalo mengikut perkiraan (hisab / rukyah) hari raya jatuh pada hari Jumaat (10 September 2010).

Tak kisah lah mana-mana pun (hari Khamis @ Jumaat) sebab kat Malaysia ni ramai orang yang bijak pandai berhubung agama Islam, yang penting semua negeri (1 Malaysia) raya serentak.

Jangan jadi macam dulu sudah lah, raya masing-masing. Aku masih teringat lagi masa tu, kalo tak silap masa tu aku masih lagi sekolah rendah di kampung. Bila tengok tv, penyimpan mohor besar Diraja umumkan anak bulan tidak kelihatan, langsung tak jadi main bunga api.
Jadi, malam tu bangun la sahur, pas sahur sambung balik tidor. Tak lama pas tu, opah kejutkan bangun untuk pegi sembahyang raya. Aku pon jadi blurr.....orang kat kampong semua panik. Masa tu la baru nak masak lemang. Negeri lain pulak masa tu masih puasa. Arwah mak sedara aku daripada Johor berpuasa daripada pagi tapi bila sampai ke Perak petang tu terus raya.....memang kelam kabut.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LEBARAN IDUL FITRI. Sebagai seorang insan yang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan, aku mohon kepada semua untuk memberi keampunan dan kemaafan kepada ku insan yang lemah lagi daif.

" Kalau aku di dapati lemah (tidak bertanggungjawab / hipokrit), tunjukkan lah aku jalan yang benar, janganlah aku dihina (sehina-hina manusia di atas muka bumi) tapi bantulah aku ke jalan yang benar."
Aku bersyukur kerana diberi didikan yang sempurna oleh ibu bapa ku. Terima kasih abah, kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan. Minta halal makan dan minum.


Raya dah dekat...nak pegi tukor duit raya. Anak buah ramai....tapi tahun ni ekonomi tak berapa bagus, so budget sikit la. Nak pegi beli kuih raya dan bayor zakat, tapi ader ke orang nak datang umah beraya....he he he.



Masa dulu bila sebut raya jer, memang best. Tapi bila dah tua ni, (tua ke?) bila raya seronok tengok karenah anak-anak yang nak beraya. Cuma zaman main meriam dulu mungkin anak-anak aku tak dapat merasainya. Tapi hari raya merupakan ganjaran kepada mereka yang telah berpuasa selama sebulan.

Apa pun Selamat Hari Raya, nak pantun la sikit :

Tari Zapin Rentak Melayu
Rentak Langkah Hitung Delapan
Bulan Ramadhan Di ambang Pintu
Salah dan Khilaf Mohon di Maafkan



Sebelum tu, pada yang kaki karaoke yang gemorkan lagu ni (aku pun gemor lagu nih) boleh la klik kat bawah ni dapat la karaoke sesama, ingat yob jangan over sangat, bulan pose nih...


Friday, August 13, 2010

Ramadhan Datang Lagi.


Hari ini 13 Ogos 2010 bersamaan 03 Ramadhan 1431, bermakna dah 3 hari kita berpuasa. Rasanya puasa kali ni tak lah teruk sangat. Masih steady….walau pun bangun sahur teruk sikit.

Mana punya jin 4 ekor ni.....kira tak kasi bangun la....

Di bulan yang mulia ini, sebaiknya kita menginsafi diri, mengenang nasib orang yang sangat memerlukan makanan. Mungkin di Negara kita (1 MALAYSIA) kita tak tahu atau  memang tak ada orang yang sangat memerlukan makanan dan air. Tak pernah menempuh suasana tiada langsung makanan dan air. Terpaksa berebut makanan, air tak ada.  Terpaksa menunggu lembu untuk kencing dan mandi air kencing lembu. Bunyi macam lawak….tapi saksikan sendiri gambar ini....

 Mandi air kencing lembu

 Minum air kencing lembu

Makan...hanya sisa roti yang terbuang
 

Minta simpati untuk mendapatkan makanan

Akhirnya kebuluran yang dihadapi ditambah dengan pelbagai penyakit seterusnya membawa maut.

Burung Hering menunggu saat kematian untuk makan daging kanak-kanak ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur atas apa yang kita telah nikmati selama ini. Bersyukur di atas apa yang ada. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita redha dan menginsafinya.

Semalam sebelum nak berbuka sempat gak dengar lagu Iradat Tuhan yang di nyanyikan oleh Kumpulan Al Suraya bersama orkes Sinar Murni. Best gak… rentak muzik jalanan. Lagu ni pernah di rakamkan semula oleh ustaz Akhil Hayy.

Untuk halwa telinga bulan ramadhan.



Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga ramadhan kali ini akan lebih memberi kerahmatan, keberkatan dan keinsafan kepada kita semua, amin.

Thursday, August 12, 2010

Di Mana Akan Ku Cari.

Aku di lahirkan di Hospital Tapah, Perak, jam 9.30 pagi hari jumaat, pada 01 Ogos 1969 (tahun ayam). Terfikir gak camana agak nya ibu ku survive waktu nak melahirkan aku (zaman tragedi berdarah 13 Mei). Ibu ku bernama Zaida bt. Halim, berasal daripada Kg. Sahom, Perak (anak Tan Halim). Ayah ku pula bernama Jamhori b. Ujang Nordin PMP, AMN, AMP, PJK, JP. (pingat bersusun). Berasal dari Kg. Kinjang, Perak. Sejak aku dilahirkan kami mula berpindah ke Perumahan Awam Chenderiang, Perak dan dibesarkan disana.

Sejak aku pulang bercuti dari kampong tempohari, aku diberitahu oleh ayah ku bahawa arwah atok ku pernah berpesan supaya mencari semula keluarga yang telah sekian lama terputus hubungan. Keluarga yang berada di Indonesia. INDONESIA ??? kat mana nak cari? nak tanya siapa? di mana nak mula? aduyaiii...

Ini lah gambar atok dan opah ku. Atok ku bernama Ujang Nordin b. Zainal datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Keturunan orang Minang (orang awak) dan isterinya, opahku bernama Mariam bt. Fakeh Kahar (keturunan Fakeh, jual kapet daa...)

Aku cuma diberikan alamat ini untuk mencari :

Abdul Hamid b. Simat
p/a Madari b. Syamsah
Kota Medan, Kecamatan Pasir Penyu,
Air Molek, Indragiri Hulu,
Riau, Sumatera,
Indonesia

Abdul Hamid b. Simat
d/a Syaharudin Sy.
Gr. SMP Piliah Lirik,
di Lirik, Riau, Sumatera,
Indonesia.

dan beberapa keping gambar yang aku sendiri tak tahu nak story :


Gambar ini di belakangnya tertulis nama iaitu dari kiri Mohd Tohir b. Zainal (adik atok), Marjohan b. Maamis, Masnah (isteri Marjohan), Sasmawati (anak Marjohan) dan Choironianti (anak Marjohan).
Aku sendiri tak tahu siapa itu Marjohan tapi yang pasti Tohir itu adik pada atok ku.

Gambar ini adalah gambar keluarga Tohir bin Zainal (adik atok) yang di ambil pada 07.07.1977. Dari kiri Jasimah bt. Tohir, Tohir b. Zainal, Lamah (isteri Tohir) dan Ahisar bt. Tohir.

Ini pula gambar Sanimur Rashid, di katakan orang yang terakhir berhubung dengan keluarga disini. Tahun1993.

Gambar kenangan opah Mariam bt Fakeh Kahar pergi melawat keluarga di Indonesia di rakamkan pada 23.12.1973.

Aku sangat berharap ada insan yang boleh membantu untuk aku bertemu semula dengan keluarga aku di sana. Semoga Ramadhan tahun ini dapat dipertemukan keluarga yang telah lama dipisahkan oleh Selat Melaka, Amin.