Wednesday, September 8, 2010

Syawal Menjelma


Sedar tak sedar hari ni dah 29 Ramadhan 1431, kalo nampak anak bulan ...esok raya, tapi kalo mengikut perkiraan (hisab / rukyah) hari raya jatuh pada hari Jumaat (10 September 2010).

Tak kisah lah mana-mana pun (hari Khamis @ Jumaat) sebab kat Malaysia ni ramai orang yang bijak pandai berhubung agama Islam, yang penting semua negeri (1 Malaysia) raya serentak.

Jangan jadi macam dulu sudah lah, raya masing-masing. Aku masih teringat lagi masa tu, kalo tak silap masa tu aku masih lagi sekolah rendah di kampung. Bila tengok tv, penyimpan mohor besar Diraja umumkan anak bulan tidak kelihatan, langsung tak jadi main bunga api.
Jadi, malam tu bangun la sahur, pas sahur sambung balik tidor. Tak lama pas tu, opah kejutkan bangun untuk pegi sembahyang raya. Aku pon jadi blurr.....orang kat kampong semua panik. Masa tu la baru nak masak lemang. Negeri lain pulak masa tu masih puasa. Arwah mak sedara aku daripada Johor berpuasa daripada pagi tapi bila sampai ke Perak petang tu terus raya.....memang kelam kabut.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LEBARAN IDUL FITRI. Sebagai seorang insan yang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan, aku mohon kepada semua untuk memberi keampunan dan kemaafan kepada ku insan yang lemah lagi daif.

" Kalau aku di dapati lemah (tidak bertanggungjawab / hipokrit), tunjukkan lah aku jalan yang benar, janganlah aku dihina (sehina-hina manusia di atas muka bumi) tapi bantulah aku ke jalan yang benar."
Aku bersyukur kerana diberi didikan yang sempurna oleh ibu bapa ku. Terima kasih abah, kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan. Minta halal makan dan minum.


Raya dah dekat...nak pegi tukor duit raya. Anak buah ramai....tapi tahun ni ekonomi tak berapa bagus, so budget sikit la. Nak pegi beli kuih raya dan bayor zakat, tapi ader ke orang nak datang umah beraya....he he he.



Masa dulu bila sebut raya jer, memang best. Tapi bila dah tua ni, (tua ke?) bila raya seronok tengok karenah anak-anak yang nak beraya. Cuma zaman main meriam dulu mungkin anak-anak aku tak dapat merasainya. Tapi hari raya merupakan ganjaran kepada mereka yang telah berpuasa selama sebulan.

Apa pun Selamat Hari Raya, nak pantun la sikit :

Tari Zapin Rentak Melayu
Rentak Langkah Hitung Delapan
Bulan Ramadhan Di ambang Pintu
Salah dan Khilaf Mohon di Maafkan



Sebelum tu, pada yang kaki karaoke yang gemorkan lagu ni (aku pun gemor lagu nih) boleh la klik kat bawah ni dapat la karaoke sesama, ingat yob jangan over sangat, bulan pose nih...