Hari ini 13 Ogos 2010 bersamaan 03 Ramadhan 1431, bermakna dah 3 hari kita berpuasa. Rasanya puasa kali ni tak lah teruk sangat. Masih steady….walau pun bangun sahur teruk sikit.
Mana punya jin 4 ekor ni.....kira tak kasi bangun la....
Di bulan yang mulia ini, sebaiknya kita menginsafi diri, mengenang nasib orang yang sangat memerlukan makanan. Mungkin di Negara kita (1 MALAYSIA) kita tak tahu atau memang tak ada orang yang sangat memerlukan makanan dan air. Tak pernah menempuh suasana tiada langsung makanan dan air. Terpaksa berebut makanan, air tak ada. Terpaksa menunggu lembu untuk kencing dan mandi air kencing lembu. Bunyi macam lawak….tapi saksikan sendiri gambar ini....
Mandi air kencing lembu
Minum air kencing lembu
Makan...hanya sisa roti yang terbuang
Minta simpati untuk mendapatkan makanan
Akhirnya kebuluran yang dihadapi ditambah dengan pelbagai penyakit seterusnya membawa maut.
Burung Hering menunggu saat kematian untuk makan daging kanak-kanak ini.
Semalam sebelum nak berbuka sempat gak dengar lagu Iradat Tuhan yang di nyanyikan oleh Kumpulan Al Suraya bersama orkes Sinar Murni. Best gak… rentak muzik jalanan. Lagu ni pernah di rakamkan semula oleh ustaz Akhil Hayy.
Untuk halwa telinga bulan ramadhan.
Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga ramadhan kali ini akan lebih memberi kerahmatan, keberkatan dan keinsafan kepada kita semua, amin.