Thursday, October 31, 2013

SUARA ANULAE HILANG?


Mungkin dulu kita pernah membaca siri penerbitan SUARA ANULAE yang dulunya pernah menjadi buletin utama kepada Anulae. ANULAE (The Amalgamated National Union Of Local Authorities Employees) atau lebih di kenali sebagai Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia berusaha menjadi nadi kepada pekerja di PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja. 

Namun begitu segala bentuk usaha serta aktiviti yang di mainkan oleh Anulae itu sendiri tidak dapat di salurkan atau diterjemahkan kepada semua ahli-ahli Anulae. Melalui media termasuk media baru yang difikirkan akan memberi maklumat terus kepada ahli dan keseluruhan penjawat awam akan di laksanakan. 

 Mesy. JK 3P di Hotel Grand Crystal, Kedah


Untuk langkah tersebut, Jawatan Kuasa 3P (Penerangan, Penyelidikan dan Perangkaan) telah mengadakan mesyuarat pada 17 September 2013 di Hotel Grand Crystal, Kedah untuk mengambil beberapa langkah tersebut:
  • ·         Mengaktifkan semula blog Anulae
  • ·         Mewujudkan Laman Web Anulae
  • ·         Menerbitkan semula SUARA ANULAE
  • ·         Daftar Keahlian secara online
Apa pun langkah yang di ambil menunjukkan Anulae berusaha untuk menyampaikan maklumat serta isu semasa, memaklumkan peranan dan tanggungjawab ahli dan memaklumkan aktiviti serta perancangan Anulae dari masa ke semasa. 



Sdra Pissal b. Abu bersama Presiden Anulae Sdra Azih B. Muda
 
Dengan bantuan serta sokongan Sdra Pissal b. Abu (Mantan Naib Presiden Anulae) di rasakan apa yang di rancang akan menjadi kenyataan.
Ahli-ahli Anulae yang ingin memberi maklumat serta bahan penerbitan di alu-alukan dan boleh menyalurkan maklumat serta gambar terus ke ibu pejabat Anulae.


Wednesday, January 19, 2011

Wayang Hantu dan Hantu Wayang

Assalammualaikum.
Tahun ni tak sempat nk wish Tahun Baru 2011.
tapi tak terlambat la nak ucap kepada kekawan yang berbangsa india besok Hari Thaipusam


dan tak lupa juga pada kekawan yang berbangsa cina Selamat Tahun Baru Cina pada 3 Februari ni.


 Kali ini aku nak kongsi ngan kekawan pasal wayang cerita hantu. Sejak akhir-akhir ni banyak sangat panggung wayang story pasal hantu.

Cerita wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di khabarkan telah jadi bualan dan mencipta sejarah pecah panggung di Malaysia apabila mencapai kutipan melebihi RM 7 juta. Syabas kepada Mamat Khalid....tapi aku tak tau nak komen macamana. Kesinambungan daripada cerita zombie kampong pisang telah di panjangkan kepada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Terus terang la, filem ni tidak menarik minat aku.......lawak biasa, aku bagi 2 bintang (Filem Melayu).


Satu lagi cerita hantu yang masih ditayangkan di pawagam iaitu Damping Malam. Filem hantu arahan Ahmad Idham selepas cerita "Jangan Pandang Belakang" dan "Congkak" mendapat tempat di hati penonton. Cerita mengisahkan kisah suami isteri iaitu Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya Ku Khalira (Amy Mastura) yang telah berkahwin sejak 14 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak yang pintar iaitu Nuraiza (Erynne Erynna). Ku Khalira seorang isteri yang kaya, bersifat liberal dan kurang didikan agama telah bertindak memelihara keluarga melalui kaedah khurafat yang akhirnya perjanjian dengan syaitan menyebabkan Nuraiza menjadi mangsa.
Jalan cerita menarik. Kesan bunyi kurang sikit. Cerita tak boring sangat, menarik gak....aku bagi 3 bintang (Filem Melayu).

Sebuah lagi filem komedi seram iaitu filem Ngangkung. Kisah 3 sahabat yang membuat aktiviti ngangkung (menurun) untuk mendapatkan nombor. Cerita bermula apabila Azim seorang pemandu lori yang mahu mengubah nasib keluarganya turut serta bersama-sama rakan baik nya membuat aktiviti ngangkung. Akhirnya rumahtangga mereka di ganggu. Tahniah pada Ismail Bob Hashim yang mengarahkan filem ni. Lawak selamba, mudah faham, boleh tahan la.....aku bagi 3.5 bintang (Filem Melayu)


Cerita Khurafat. Kalo tak salah saya ini filem arahan pertama Syamsul Yusof untuk cerita hantu. Syamsul Yusof yang dinobatkan sebagai pengarah filem terbaik di buktikan dalam filem ini. Kisah Khurafat - Perjanjian antara manusia dan syaitan yang akhirnya memakan diri sendiri. Cerita ni kalo nak story banyak-banyak nanti tak seronok pada kekawan yang nak pegi tengok. Tapi filem ni memang best. Gerenti penonton menjerit.....so kena sabar la kalo ramai penonton yang menjerit. (Dah macam bunyi suara orang naik roller coaster). Filem mudah faham dan tak boring (sentiasa ader kejutan). Tapi penonton boleh rasa bila menoleh jer ader hantu.....so, tahniah pada Syamsul Yusof......aku bagi 4 bintang (Filem Melayu)

Asyik tengok citer hantu jer, nak tengok jugak citer hantu cina ke......hantu india ke..... Tapi yang pasti ramai yang tertunggu cerita Disini ada Hantu... Dengar cerita ini kisah hantu 1 Malaysia.

Cerita yang tengah meletop sekarang ni kat USA, The Green Hornet. Cerita ni kena tengok sebab pembikinan filem makan belanja berjuta-juta dolar. Sesiapa yang suka tengok cerita Batman, mesti suka tengok cerita ni. Satu lagi filem tengah main sekatang ni Season of the witch. Sesaper yang rindu kat Nicolas Cage boleh la layan.

Akhir kata, orang kat Malaysia ni dah mula menonton wayang balik. Adakah sebab ekonomi kita semakin baik atau harga getah dah melambung naik.....sendiri mau ingat....

Wednesday, September 8, 2010

Syawal Menjelma


Sedar tak sedar hari ni dah 29 Ramadhan 1431, kalo nampak anak bulan ...esok raya, tapi kalo mengikut perkiraan (hisab / rukyah) hari raya jatuh pada hari Jumaat (10 September 2010).

Tak kisah lah mana-mana pun (hari Khamis @ Jumaat) sebab kat Malaysia ni ramai orang yang bijak pandai berhubung agama Islam, yang penting semua negeri (1 Malaysia) raya serentak.

Jangan jadi macam dulu sudah lah, raya masing-masing. Aku masih teringat lagi masa tu, kalo tak silap masa tu aku masih lagi sekolah rendah di kampung. Bila tengok tv, penyimpan mohor besar Diraja umumkan anak bulan tidak kelihatan, langsung tak jadi main bunga api.
Jadi, malam tu bangun la sahur, pas sahur sambung balik tidor. Tak lama pas tu, opah kejutkan bangun untuk pegi sembahyang raya. Aku pon jadi blurr.....orang kat kampong semua panik. Masa tu la baru nak masak lemang. Negeri lain pulak masa tu masih puasa. Arwah mak sedara aku daripada Johor berpuasa daripada pagi tapi bila sampai ke Perak petang tu terus raya.....memang kelam kabut.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LEBARAN IDUL FITRI. Sebagai seorang insan yang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan, aku mohon kepada semua untuk memberi keampunan dan kemaafan kepada ku insan yang lemah lagi daif.

" Kalau aku di dapati lemah (tidak bertanggungjawab / hipokrit), tunjukkan lah aku jalan yang benar, janganlah aku dihina (sehina-hina manusia di atas muka bumi) tapi bantulah aku ke jalan yang benar."
Aku bersyukur kerana diberi didikan yang sempurna oleh ibu bapa ku. Terima kasih abah, kerana sentiasa memberi sokongan dan galakan. Minta halal makan dan minum.


Raya dah dekat...nak pegi tukor duit raya. Anak buah ramai....tapi tahun ni ekonomi tak berapa bagus, so budget sikit la. Nak pegi beli kuih raya dan bayor zakat, tapi ader ke orang nak datang umah beraya....he he he.



Masa dulu bila sebut raya jer, memang best. Tapi bila dah tua ni, (tua ke?) bila raya seronok tengok karenah anak-anak yang nak beraya. Cuma zaman main meriam dulu mungkin anak-anak aku tak dapat merasainya. Tapi hari raya merupakan ganjaran kepada mereka yang telah berpuasa selama sebulan.

Apa pun Selamat Hari Raya, nak pantun la sikit :

Tari Zapin Rentak Melayu
Rentak Langkah Hitung Delapan
Bulan Ramadhan Di ambang Pintu
Salah dan Khilaf Mohon di Maafkan



Sebelum tu, pada yang kaki karaoke yang gemorkan lagu ni (aku pun gemor lagu nih) boleh la klik kat bawah ni dapat la karaoke sesama, ingat yob jangan over sangat, bulan pose nih...


Friday, August 13, 2010

Ramadhan Datang Lagi.


Hari ini 13 Ogos 2010 bersamaan 03 Ramadhan 1431, bermakna dah 3 hari kita berpuasa. Rasanya puasa kali ni tak lah teruk sangat. Masih steady….walau pun bangun sahur teruk sikit.

Mana punya jin 4 ekor ni.....kira tak kasi bangun la....

Di bulan yang mulia ini, sebaiknya kita menginsafi diri, mengenang nasib orang yang sangat memerlukan makanan. Mungkin di Negara kita (1 MALAYSIA) kita tak tahu atau  memang tak ada orang yang sangat memerlukan makanan dan air. Tak pernah menempuh suasana tiada langsung makanan dan air. Terpaksa berebut makanan, air tak ada.  Terpaksa menunggu lembu untuk kencing dan mandi air kencing lembu. Bunyi macam lawak….tapi saksikan sendiri gambar ini....

 Mandi air kencing lembu

 Minum air kencing lembu

Makan...hanya sisa roti yang terbuang
 

Minta simpati untuk mendapatkan makanan

Akhirnya kebuluran yang dihadapi ditambah dengan pelbagai penyakit seterusnya membawa maut.

Burung Hering menunggu saat kematian untuk makan daging kanak-kanak ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur atas apa yang kita telah nikmati selama ini. Bersyukur di atas apa yang ada. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita redha dan menginsafinya.

Semalam sebelum nak berbuka sempat gak dengar lagu Iradat Tuhan yang di nyanyikan oleh Kumpulan Al Suraya bersama orkes Sinar Murni. Best gak… rentak muzik jalanan. Lagu ni pernah di rakamkan semula oleh ustaz Akhil Hayy.

Untuk halwa telinga bulan ramadhan.



Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga ramadhan kali ini akan lebih memberi kerahmatan, keberkatan dan keinsafan kepada kita semua, amin.